Tuesday, November 24, 2009

Aku dan Herbalife - Part 1

Hamisah menulis.....

Salam...

Diam tak diam sudah 3 bulan aku dan mr.hubby menggunakan product Herbalife. Alhamdulillah kami mempunyai results yg sgt bagus. Bagi diri sendiri, aku telah berjaya untuk menurunkan berat badan sebanyak 9kg, dan hubby pula 8kg. Aku sgt bersyukur dengan Herbalife dlm program diet kami, hubby aku bukan sahaja dapat turunkan berat badan, malah juga tekanan darah dan kolestrol levelnya makin baik.

Bagi aku pula Herbalife bukan sahaja dapat menurunkan berat badan aku, malah bnyk perkara yang aku dapat bila menyertai program diet ni:-

1) Sebagai House Manager a.k.a surirumah, aku bertanggung jawab utk memastikan famili aku mendapatkan diet yang sihat. Bagi aku kesihatan paling berharga, kerana kesihatan yg baik, kami dapat melakukan pelbagai aktiviti yg kami suka dan tidak perlu berhabis wang ringgit untuk membiayai kos rawatan (walaupun hubby aku gvmnt servant) dan tidak perlu untuk menghabiskan masa berulang alik ke hospital.

2)Membina interpersonal skill:- Semenjak aku menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, aku rasakan interpersonal skill aku makin hari makin merosot. Dengan joinned aktiviti yg dianjurkan oleh Herbalife, aku menjadi yakin semula. Malah aku mula bersemangat setiap masa. Malah Herbalife juga mengingatkan aku supaya sentiasa merendahkan diri dan sentiasa berkeyakinan.

3) Sentiasa membaca dan belajar:- Belajar dari segi leadership dan pemakanan yang sihat. Aku cadangkan kawan-kawan juga membaca buku ini " The truth about Food" by Jill Fullerton-Smith (yg berharga RM92.50:- hubby belikan kat kedai buku Borders ), "The Food Doctor Ultimate Diet - changing the way tou eat for good" by Ian Marber (harga RM64.95 kat Borders gak) dan "you're what you eat- Chia Joo Suan (harga RM25.00 beli kat Border). dan bnyk lagi. List buku ni aku recomendkan kat kawan-kawan yg ingin menguruskan berat badan.

4) Perasaan:- Aku mula seronok dengan menyertai program ini kerana ia bukanlah satu program diet yg regim malah flexible dan aku masih lagi boleh happy eating dan dimasa yg sama aku boleh menurunkan berat badan. Selain dari itu perasaan cinta dan sayang kepada mr.Hubby makin bertambah kerana dia bnyk memberi sokongan dari segi spiritual dan yg penting skali kewangan ...heheheheheh (bnyk usahawanita berjaya berkata, dalam bisness suami mestilah berkerjasama untuk berjaya...yelakan kalau isteri berjaya dalam bisness, hubby jugak dapat tempiasnya kannn..

Okey la buat masa ni..nanti aku akan sambung part 2.

Thursday, November 19, 2009

Salah tanggapan

Salam sejahtera,
.
Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang kami perolehi hasil dari pembacaan daripada buku yang saya beli 2-3 hari lepas berkaitan posting isteri saya semalam. Kini, jika ke kedai buku, selain mencari buku-buku berkaitan Research Methodology, Cognitive saya juga teruja dengan buku - buku berkaitan makanan, pemakanan seimbang & sihat serta diet. Saya merasakan adalah perlu kami berkongsi maklumat yang sedikit ini kepada rakan-rakan agar semua memperolehi manfaat daripadanya.
.
Berbalik kepada tajuk entry hari ini - SALAH TANGGAPAN. Ini merupakan antara salah tanggapan saya dan isteri dan ia berkaitan dengan trans lemak. Sebelum ini kami tak tau pun apa itu trans lemak (trans fat). Elok saya terangkan sedikit apa itu trans lemak supaya kita tidak terpinga-pinga.
Kebiasaannya kita diberitahu terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu :
  1. lemak bagus (good fats - polyunsaturated fats - lemak politaktepu) yang terdapat di dalam minyak sayuran
  2. lemak tidak bagus (bad fats - saturated fats - lemak tepu) yang terdapat daripada sumber haiwan seperti butter.

Dan kita disarankan untuk tidak mengambil bad fats ini. Namun mungkin kita tidak perasan atau tidak mengetahui bahawa wujud lagi satu jenis lemak di dalam makanan iaitu trans fats yang dikategorikan SANGAT TIDAK BAGUS oleh pakar nutrisi. Trans lemak ini sangat bagus untuk pengilang makanan tetapi bukan untuk pengguna seperti kita.

Pengilang makanan telah menukar sumber lemak mereka daripada lemak haiwan kepada lemak sayuran, namun mereka mencari kaedah bagaimana untuk mengubah lemak sayuran yang rendah lemak tepu agar ia berada di dalam bentuk pepejal seperti lemak haiwan pada suhu bilik. Selalu kita lihat butter tetapi kini terdapat pula marjerin.

Saya telah beranggapan bahawa lemak dari sumber sayuran/tumbuhan ini baik untuk kesihatan kerana ia politaktepu. Maka saya/kami tidak memilih butter berbanding marjerin (sekadar satu contoh biasa & mudah). Namun saya tidak mengetahui bahawa proses yang menukar minyak sayuran dalam bentuk cecair kepada pepejal yang dipanggil penghidrogenan (hydrogenation) telah menyusun semula molekul minyak terbabit kepada trans lemak - harmful artificial fat.

Bagaimana trans lemak ini dikategorikan sebagai SANGAT TIDAK BAGUS?

Saintis telah menemui satu penemuan yang memeranjatkan. Badan kita telah keliru dengan kewujudan lemak sintetik ini dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, akhirnya trans lemak ini hanya disimpan dan bermulalah potensi masalah di masa akan datang.

US Institute of Medicine juga telah menemui bahawa trans lemak ini sangat berbahaya dan memberi kesan sangat buruk kepada sistem kardiovaskular. Lemak tepu (dari sumber haiwan) akan meningkatkan bad cholesterol (LDL) tetapi tidak memberi kesan kepada good cholesterol (HDL). Trans lemak ini juga meningkatkan LDL sama seperti lemak tepu TETAPI pada masa yang sama menurunkan HDL. Oleh yang demikian kadar kolestrol di dalam badan menjadi lebih tidak seimbang malah lebih buruk lagi.

Lebih memburukkan lagi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati trans lemak ini tidak diisytiharkan pada label makanan.

Ini sekadar sedikit perkongsian kami bersama rakan-rakan.

sumber daripada CAP Guide, Toxic Trans Fat in Process Foods

Wednesday, November 18, 2009

Toxic Trans Fat in Processed Foods

Today I would like to share some infos about toxic trans fat which i have read this from A CAP Guide, published by Association of Penang.
Toxic trans fat is made when food manufacturers turn vegetable oils into solid or semi-solid fats. Trans fat allows processed foods to remain fresh for longer periods. It was invented as alternative to saturated fat. But it is now found to be MORE DANGEROUS than SATURATED FAT.
Facts that:
  • The UN Food and Agriculture Organisation calls for hyrogenated fats to be completely removed from our diet.
  • The US food and drug Administration says that no level of trans fat is acceptable.
  • 30,000-100,000 cardiac deaths a year could be prevented in the US if people replaced trans fat with healtier non-hydrogenated polysaturated or monosaturated oil (Havard University School of Public Health).
  • For every 2% increase of calories from trans fat, the risk of heart disease increases by 36%.
  • Women who consumed large amounts of trans fat had a greater risk of developing diabetes.
  • Women with higher levels of trans fat in their body have 40% increased risk of breast cancer.

Tuesday, November 17, 2009

Balanced protein-based breakfast

Such a breakfast supplies our body with all vital nutrients and energy without increasing blood sugar and insulin levels. It helps to avoid dependence on carbs during the day. In this way, appetite stays under control, cravings for carbs (snacks, chocolate, pastry, junk, soft drinks etc.) diminish and the body uses its own stored fats to get more energy.

Thursday, November 12, 2009

Skipping breakfast



When you skip breakfast, blood sugar drops below the normal level, you experience cravings and a drop of energy. You again revert to simple carbohydrates to achieve a quick surge of blood sugar and to overcome hunger and a drop of energy. Simple carbohydrates will cause an immediate surge of blood sugar level and a substantial insulin emission. The insulin removes sugar from blood turning its excess into fat. Then this cycle repeats itself 2-3 more times during the day. This vicious circle constitutes one of the major reasons for diabetes, high blood pressure and extra weight.

.

Next topic: Balanced protein-based breakfast

Wednesday, November 11, 2009

Carbs-based breakfast

Salam sejahtera,
.
I would like to share some important notes took by my wife when she attending Healthy Breakfast Training by Herbalife HQ. Hope it will provide very beneficial info for all of us.
.
Carbs-based breakfast
.

In the morning, simple carbohydrates (sugar refined cereals, white breads, toasts, nasi lemak, etc) cause an immediate surge of blood sugar level which results in a substantial emission of insulin. The insulin removes sugar from blood turning it excess into fat. The result is a decreased level of blood sugar, and thirst for more carbs. This cycle repeats itself 2-3 more times during the day. This viscious circle constitutes one of the major reasons for diabetes, high blood pressure and extra weight.
.
Next entry on this breakfast topic : Skipping breakfast

Friday, November 6, 2009

Sarapan Pagi

Sudah lama tak menulis dekat sini. Kebiasaan suami yg bnyk menulis. Hati macam nak menulis, tetapi kadang-kadang tak tersempat nak menulis.

Sejak akhir-akhir ni kami sekeluarga amat prihatin dengan perkataan KESIHATAN. Ini bermula apa bila doktor diagnosed yg hubby mengalami tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol juga tinggi dari yang sepatutnya. Pada satu hari apabila hubby balik dr appoinment, doktor memberi dia senarai jadual pemakanan yang seimbang. Ini adalah bertujuan untuk menurunkan berat badan hubby dan seterusnya untuk mengurangkan blood pressure turn to normal.

Sebelum mengikuti program diet, selalunya sarapan aku akan buat teh susu makan bersama oat. Konon-kononnye oat tu boleh mengurangkan kolestrol (pengaruh iklan) dan rasa makan oat tu sedap sbb makan dengan teh susu. Hmmmm..macam mana la nak mengurangkan kolestrol kalau makan dengan teh susu.. tak sempat oat tu nak serap kolestrol dlm badan, oat dah serap dulu kolestrol2 yg ada dlm susu pekat manis tu dulu.. sama jugak la kalau tak makan oat tu. apa yang dapat, suma kenyang sahaja.

Baru-baru ni, aku attended talks pasal Importance of Breakfast. Dulu aku cuma tahu breakfast tu penting terutama kanak-kanak, kerana breakfast tu untuk memberi tenaga dan membolehkan tumpuan kepada pelajaran. setakat itu shaja. Yang lain-lain tu, aku seperti ambil ringan sahaja. Banyak terpengaruh kat iklan2 tv (sebenarnya aku mmg pun suka tgk iklan dari drama2). Memang benar di iklan-iklan tv terutamanya iklan-iklan cereal spt cornflakes, honeystar,cocoa crunch dll mengatakan sarapan sgt penting.

Kenapa sarapan sgt penting??? Jawapannya ialah:
1) badan manusia ada 100 trillion sel yang memerlukan 114 different nutrients dan air

2) Semasa sarapan badan akan menyerap zat-zat yang kita ambil pada waktu pagi. Sekiranya kita makan sbg contohnya, nasi lemak, badan kita akan menyerap semua karbohidrat dan lemak yg terdapat pada nasi lemak tu. oleh itu amat penting sekiranya kalau kita ambil sarapan yg seimbang dan penuh dgn nutrisi yang baik.

3) breakfast provides energy yg diperlukan utk memulakan hari anda.

4)penting bagi kanak-kanak untuk mengambil sarapan yang baik untuk perkembangan dan tumpuan yg baik semasa di dalam pengajaran. Ada kajian yg dibuat, kanak-kanak yg pergi kesekolah yg tidak megambil sarapan, mempunyai masalah hilang tumpuan dan juga cenderung kepada masalah behaviour spt bergaduh di dalam kelas dan not listening to their teacher.

5)Sekiranya mengambil sarapan yang baik, dapat mengurangkan potensi obes.

kesimpulannya:
Mulakan hari dgn nutrisi yg seimbang dan keperluan nutrient yg secukupnya untuk cara hidup yg aktif.